Tatkala mendengar khabar itu.
Tersentap seketika.
Tidak mampu berkata-kata.
Tidak pernah terlintas di fikiran,mahupun terdetik di hati untuk bersangka tidak baik pada mereka.
Kenapa ini yg terjadi?
Difitnah sehingga airmata yg merungkai semua.
Fitnah ini sungguh berat untuk di pikul.
Ya allah.
Satu persatu ujianMU.
Besar sungguh setiap ujian yang KAU berikan.
Andai ini ujianMU yg paling kecil, aku redha.
Tapi,berikan aku kekuatan ya habibullah.
Aku merayu, aku memohon, aku bersujud.
Ampunkan semua dosa-dosa org tuaku ya allah.
Ampunkan dosa-dosaku, dosa ahli keluargaku.
Ampunkanlah mereka ya allah.
Ampunkanlah mereka ya allah.
Ampunkanlah mereka ya allah.
AMIN YA RABAL'ALAMIN.
fitnah.
Labels: yuiena's Life
Syawal 1431.
Alhamdulillah, Syukur Ya allah.
Syawal kali ini benar-benar memberi seribu erti.
Ayahnda tercinta pulang ke rumah menyambut Syawal 1431.
Walaupun keriangan menjelang syawal sungguh hambar,namun KAU berikan sesuatu keajaiban.
Syukur Ya allah.
| aishah, azlan, atoknda malik, ayahnda yunus, bonda ina, nenda hasnah, arif, affiq, & aziemah |
| beraya bersama atoknda tercinta & nenda paling sporting. keriangan jelas di wajah affiq. |
Labels: heartBeat
Hanya padaMU YA ALLAH.
Tanpa disedari, sudah 23 Ramadhan.
Tanpa disedari Aidilfitri menjelang tiba.
Namun,
Tiada dirasa aidifitri kali ini.Terasa hambar sungguh.Tiada gelak tawa dirumah.Tiada juga leteran di rumah.
Ayah tidak sihat.Ayah sakit.Hampir seminggu ayah terlantar di hospital.Tiada di kesan punca perut ayah membengkak.
Doctor tidak membenarkan ayah minum dan makan.Hanya 22 botol air menjadi 'makanan' ayah setakat ini.
Sayu sungguh hati ini, tatkala melihat kesunggulan di wajah ayah.Sungguh pucat ayah,walaupon setiap kali teman dan taulan melawat,senyuman yang di lemparkan.
Tidak sedikit pun ayah mengeluh apatahlagi merengus akan semua kesakitan yg di tanggungi.
Ya ALLAH.
Hanya KAU yang tahu rahsia itu YA ALLAH.Hanya KAU sesungguhnya mengetahui semuanya.
Hanya pada KAU jua lah,kami bermohon.Permudahkanlah urusan kami YA ALLAH.
Ayah,get well soon.Please SEHAT. Please SEHAT.Please SEHAT.Akak ta suka tengok ayah sakit.
Labels: heartBeat


