Bagaimanakah cara utk menjadi seorang wanita idaman sedangkan kita tidak mempunyai kulit seputih kapas, bahkan kita tidaklah secantik purnama. Prasangka ini hendaklah kita hapuskan dgn kata-kata mulia Rasul tercinta:
Daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda:
” Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati-hati kamu“
HATI
Inilah yang paling penting. Hati hendaklah dibersihkan. Hati perlu dihidupkan selalu dengan sentaisa mengingati Allah, kenal akan Allah, yakin dng hakikat yang kita adalah hamba Allah. hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah dan disucikan dari sampah mazmumah. Tapi kita kena ingat, nak membersihkan hati bukannya mudah. kita kena mujahadah selalu. Apabila hati kita tunduk pada Allah, bersih dari kekotoran maka buah akhlak akan muncul. Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati
LUARAN
Kalau kita sudah dapat menutup aurat kita mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut. Pakaian wanita Islam yang dikehendaki penciptaNya ialah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Telekungnya hendaklah dilabuhkan sehingga ke paras dada. Pakaian itu Alalh dah tetapkan. Dia yang menciptakan kita, tahulah apa yang baik untuk ciptaanNya
PEMIKIRAN
Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. dgn kata lain, dia sentiasa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat. Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul dan bertunjangkan Al Quran dan Sunnah.
p/s: Mahu menjadi gadis idaman bukan mudah, namun USAHA itu penting. Insya'allah,suatu ketika nanti.