Showing posts with label sekadar RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label sekadar RENUNGAN. Show all posts

Tahukah kalian?






50 rahsia penting Rasullullah S.A.W















1. Rasulullah SAW diutuskan sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun.


2.Rasulullah SAW wafat semasa berusia 63 tahun.


3.Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah SAW.


4.Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah SAW.


5.Usamahb bin Zaid adalah pencinta Rasulullah SAW.


6.Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahsia Rasulullah SAW.


7.Zubir bin awwam adalah golongan penyokong Rasulullah SAW.


8.Rasulullah SAW lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah.


9.Tahukah anda Isteri Baginda berjumlah 13 orang.


10.Cucu Baginda adalah Hassan dan Husain.


11.Tahukah anda Rasulullah SAW telah berperang sebanyak 27 kali.


12.Rasulullah telah berperang dalam 9 pertempuran.


13.Abu Qasim adalah diantara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah SAW.


14.Tahukah anda nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah nama-nama unta Rasulullah SAW.


15.Tahukah anda Zainab binti Al-Haris adalah orang yahudi yang telah meracuni Rasulullah SAW.


16.Tahukah anda Maria Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah Dua orang hamba yang telah dikahwini Rasulullah SAW?.


17.Tahukah anda nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah SAW?.


18.Tahukah anda kabilah Bani Nadhir Yahudi yang ingin melempar batu keatas Rasulullah SAW ?.


19.Tahukah anda Ali bin Abi Tolib, Othman bin Affah, Al-As bin Ar-Rabi’ dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah SAW?.


20.Tahukah anda Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah SAW?.


21.Tahukah anda Fatimah binti Amru Al-Makhzumi adalah nenek kepada Rasulullah SAW disebelah ayah Baginda?.


22.Tahukah anda Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah SAW ?.



23.Tahukah anda A-Mat’am bin Adi adalah orang yang membantu Rasulullah SAW ketika Baginda kembali dari hijrah ke Taif ?


25.Tahukah anda Halimah binti Sa’diah dan Suwaibah adalah keturunan Abi Lahab ?



26.Tahukah anda Surah An-Nur adalah surah yang Rasulullah SAW galakkan perempuan mempelajarinya ?


27.Tahukah anda Ramlah binti Sufian adalah perempuan yang dipinang oleh Raja Najasyi untuk Rasulullah SAW?.


28.Tahukah anda kumpulan tenntera Abdullah bin Hahsyi adalah kumpulan pertama yang berhadapan dengan Rasulullah SAW di kawasan tepi pantai ?.


29.Tahukah anda Uqbah bin Abi Al-As adalah orang yang telah mematahkan dua batang gigi Rasulullah SAW ?.


30.Tahukah anda peperangan pertama yang Rasulullah SAW hadapi adalah peperangan Al-Abwa’ ?.


31.Tahukah anda Ibnu Qim,ah adalah orang yang telah melukai wajah Rasulullah SAW pada peperangan Uhud?.


32.Tahukan anda Zaid bin Harisah adalah sahabat terakhir yang terlibat dalam sistem penceraian yang tidak berbentuk Islam sebelum wujudnya sistem pernikahan dalam Islam yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW?.


33.Tahukah anda Rasulullah SAW telah meninggalkan 9 orang isteri ?

Nota : Rasulullah SAW berkahwin adalah untuk menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari berbagai masalah, Baginda sahaja yang mampu menyelesai dan membahagiakan wanita dengan izin Allah SWT. Baginda tidak berkahwin diatas dasar nafsu, malah semua wanita yang Baginda kahwini adalah bukan anak dara, Hanya Siti Aisyah sahaja dari kalangan anak dara. inilah bukti Baginda bukan mementingkan nafsu. Nauzubillah Hilazim.


34.Tahukah anda Thabit bin Qais adalah pembaca Khutbah Rasulullah SAW ?.


35.Tahukah anda Barrah binti Abdul Izzi adalah nenek Rasulullah SAW disebelah ibunya.


36.Tahukah anda Ummul Mukmini yang terakhir meninggal dunia dari kalangan isteri Baginda SAW adalah Umu Salamh.?.




37.Tahukah anda anak perempuan Baginda SAW pertama yang meninggal dunia adalah Ruqiyah ?.




38.Tahukah anda siapakah Isteri Rasulullah SAW? Maimunah binti Al-Haris adalah isteri terakhir Rasul Junjungan kita.




39.Abi bin Khalaf adalah orang tunggal yang telah dibunuh oleh Rasulullah SAW. Walaupun Baginda telah membentuk 27 peperangan dalam menentang mereka yang mencabar Islam.




40.Tahukah anda Rasulullah telah memulakan perjalan Isra’ bermula dari rumah Ummu Hani’ ?.




41.Tahukah anda sahabat yang mengaku nabi selepas kewafatan Baginda adalah Tulaihah binti Khuwailid Al-Asadi, kemudian beliau bertaubat dan kembali kepada Islam dengan sempurna.


42.Tahukah anda Baginda SAW dikafankan dengan kain Kafan yang disediakan oleh Fatimah binti Asadi, iaitu isteri bapa saudaranya Abu Talib. Selawat dan Salam untukMu Ya Rasulullah SAW.


43.Tahukah anda Rasulullah SAW telah menghadiahkan 70 Selawat dan Salam kepada Saidina Hamzah R.A.
Betapa besarnya kesan peperangan Uhud kepada Jasad dan Jiwa Rasulullah SAW.. Salam Rindu buatmu Rasul Junjungan.




44.Tahukah anda Rasul Junjungan telah melakukan solat Ghaib ke atas jenazah Raja Habsah An-Najashi yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan rakyatnya.



45.Tahukah anda wanita pertama yang telah membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW dalam Aqabah kedua adalah Fukaihah binti Yazid Al-Ansari ?.




46.Tahukah anda Daldal adalah binatang yang dihadiahkan kepada Rasulullah SAW oleh Al-Qauqas?.




47.Tahukah anda Rasulullah SAW telah membahagikan bulan Ramadhan kepada 3 bahagian: Dipermulaan Ramadhan adalah Rahmat, Di pertengahan Ramadhan adalah Keampunan dan Diakhir Ramadhan adalah Perlindungan dari apai neraka?.


48.Tahukah anda diantara umrah yang telah Rasulullah lakukan adalah Umrah Hudaibiah, Umrah Al-Qoda’, Umrah Al-Ja’ranah dan Umrah Haji ?




49.Tahukah anda ibu Rasul Junjungan meninggal di Al-Abwa’ suatu tempat diantara Mekah dan Madinah ?


50.Tahukah anda rakan perkongsian dalam perniagaan Rasulullah SAW di Mekah adalah As.Saib bin Abi Saib?











SUMBER: http://www.neo.net.my/forum/index.php?/topic/6925-50-rahsia-penting-rasulullah-saw/

PadaMu.



Begitu hening pagi ini,
Sayup-sayup mendengar laungan Ilahi,
Meruntum hati tatkala laungan itu berkumandang,
Mampukah diri ini menjadi penghuni SyurgaMU Ya rabbi?
Layakkah diri ini di adili di MasyarMU Ya Habibi?
Ya allah,KAU ampunila dosa-dosa hambaMU ini.
Berikan petunjuk untuk aku terus ke jalanMU.
Ya allah.Ya allah.Ya allah.



PadaMU Ku Bersujud
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertaubat


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud




PadaMU Ya Allah

Adat & Ibadat





Adat
Duduk rehat didalam masjid
Makan hanya sekadar makan
Berkahwin untuk menamatkan zaman bujang
Bertudung kerana ingin kelihatan cantik dan ala-ala artis
Bermake up supaya muka kelihatan cantik tiruan





Ibadat
Iktikaf didalam masjid
Makan supaya badan kuat untuk beribadat
Berkahwin kerana sunnah&menjauhi maksiat
Bertudung lantaran akur dengan perintah Allah
Berwudhuk sudah mampu mempamerkan cahaya&kecantikan asli pada wajah



wau'ullaha'alam.
belajar dari kesilapan.

12 Rabiul'awal & Tahun Gajah












SALAM MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH







Luh Mahfuz!










Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..





Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu



Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "








p/s:

Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.








Idaman hati





Bagaimanakah cara utk menjadi seorang wanita idaman sedangkan kita tidak mempunyai kulit seputih kapas, bahkan kita tidaklah secantik purnama. Prasangka ini hendaklah kita hapuskan dgn kata-kata mulia Rasul tercinta:
Daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda:
 ” Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati-hati kamu“




HATI
 Inilah yang paling penting. Hati hendaklah dibersihkan. Hati perlu dihidupkan selalu dengan sentaisa mengingati Allah, kenal akan Allah, yakin dng hakikat yang kita adalah hamba Allah. hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah dan disucikan dari sampah mazmumah. Tapi kita kena ingat, nak membersihkan hati bukannya mudah. kita kena mujahadah selalu. Apabila hati kita tunduk pada Allah, bersih dari kekotoran maka buah akhlak akan muncul. Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati


LUARAN
 Kalau kita sudah dapat menutup aurat kita mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut. Pakaian wanita Islam yang dikehendaki penciptaNya ialah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Telekungnya hendaklah dilabuhkan sehingga ke paras dada. Pakaian itu Alalh dah tetapkan. Dia yang menciptakan kita, tahulah apa yang baik untuk ciptaanNya


PEMIKIRAN
 Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. dgn kata lain, dia sentiasa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat. Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul dan bertunjangkan Al Quran dan Sunnah.















p/s:  Mahu menjadi gadis idaman bukan mudah, namun USAHA itu penting. Insya'allah,suatu ketika nanti.

.MUKJIZAT.













Ramadhan adalah Syahrul Qur'an ( Bulan Al-Qur'an)
Allah mewajibkan puasa di bulan Ramadhan adalah karena Ramadhan bulan yang Istimewa.






Hari ini 27 ogos 2010, bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan NabiMuhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan NabiMuhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Firman Allah:"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). "
(Al-An’am:38)



Marhaban Yaa Ramadhan



Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah (dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadhan.” (Riwayat Ahmad dan Nasai )







airmata.







Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.
Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. 
Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. 




Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah: 
1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati. 
2.   Menangis kerana rasa takut. 
3.   Menangis kerana cinta. 
4.   Menangis kerana gembira. 
5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan. 
6.   Menangis kerana terlalu sedih.
7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah. 
8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 
9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis. 
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis. 


Rasulullah bersabda, maksudnya:
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” 


Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka. 
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.









p/s: tangisila sesuatu yang harus wahai aishah yunus bukanla sesuatu yang tidak harus.

About Me

About this blog

seeking for new life within 5 years.

Followers

comments

FEEDJIT Live Traffic Feed