Positif








KANSER usus atau  colon cancer adalah kanser yang terjadi didalam usus besar dan usus kecil.Oleh kerana kanser terjadi diruangan tempat pencernaan dan penyerapan nutrien dan zat zat makanan ia dilihat sebagai amat merbahaya.Kanser perut berkongsi risiko yang amat tinggi dengan kanser kolon.
Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

27 Rejab

ISRAK DAN MIKRAJ
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu  malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah  Maha Mendengar dan Maha Melihat. (Surah Bani Israil: 1) Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad setelah  mengalami  tekanan perasaan  apabila  dua orang  penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal  dunia. Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia mesti dipandang sebagai satu  kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas. Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini saya perturunkan kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha)  ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum  hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina  Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:   Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkurSekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.  Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyangSekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka. Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakatSekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan  Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti. Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.  Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.Seekor lembu keluar dari satu  lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.  Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu. Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi YahudiSeorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti  Seruan orang Nasrani menghalang sebaran IslamSeorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti  Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti  Seruan Iblis cuba menghalang usaha  dakwahSeorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu  Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamatNabi tercium bau yang amat harum  Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang Gambaran orang yang suka  berpeleseran dan melepakSekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya. Gambaran orang yang makan riba'Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai. Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia. Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.  Langit pertamaNabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia. Langit keduaBerjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.Langit ketigaBerjumpa dengan Nabi  YusofLangit keempatBerjumpa dengan Nabi IdrisLangit kelimaBerjumpa dengan Nabi HarunLangit keenamBerjumpa dengan Nabi MusaLangit ketujuhBerjumpa dengan Nabi Ibrahim

Nervous

Menghitung hari!
Full of love.

Us

I JUST MISS US
Walaupon kerja satu office,walaupon stay satu rumah,
Namun, MADAMS ta seperti dulu.
Seriously, i do feel missing us,missing old days!
Pffffttttt!




Babyboo

Alhamdulillah,finally.
Its mine.


Lama!






Huhhh!
Sudah lama ta main blog.
Sgt sibuk.
Adoi la kann.
Btw, rindu kt semua.
Na jumpa.Na jumpa.Na jumpa.
=_=




Lovely Day with Love One






October! You are too kind to  Aishah Yunus!
Thanks for being there for me.

Love u all so.

Let's pictures talk!





















EID 2011


EID 2011
Let's pictures talk!
:)




2nd raya with izyannie sayang

beraya di KFC dengan mereka

nenda tercinta di raya ke 4

beraya di pahang, raya ke 5

bersama jantung hati ustazah saya, beraya di rumah si dia

masjid shah alam

beraya ke rumah homie kesayangan di raya ke 7: munirah

penyambut tetamu berposing.

open house di MEDIGATE.

inilah GF saya yg sentiasa di hati:
mummy & ajim

budak yg sangat comel bersama mak cik fairuz
:)














I LOVE MY BEAUTIFUL LIFE WITH THEM ALL.

No Time




Sudah berbulan tiada update.
Pfffttt!
Too busy with work,no time for others.
Baiklah.
Akan kembali seperti sediakala dalam masa terdekat.
Insya'allah.
Lots of things happened, dont know where to start.
-,-

UNIVERSITY OF EAST LONDON









Student ID:            U0959752
Student Name:      Siti Aishah Bt Mohd Yunus
University:            University of East London
Course:                 B.A (Hons) Business Management
Intake:                  April 2010- May 2011
CGPA:                   3.21




ALHAMDULILLAH.
GRADUATE WITH BACHELORS DEGREE SECOND CLASS UPPER.





MEDIGATE SDN BHD






Alhamdulillah.
Marketing Executive.
12 July 2011

Memohon


Sudah lama tidak berkongsi cerita.
Sekian kalinya ditimpa musibah.
Begitu berat untuk terima.
Namun, apakan daya.
Sudah menjadi tanggungjawab sebagai khalifah di Bumi ALLAH.
Menerima Ujian dan Cubaan dariNYA.
Takdirnya adalah untuk kedua mata ini.
Ya Allah, aku  memohon kepadaMU.
Ya Rabbi, aku meminta kepadaMU.
Ya Habibullah, aku merayu kepadaMU.
Sembuhkanlah mata ini.
Amin

What?












Do Nothing.
Still waiting.
Pfttt!
=___=

Fallin' LOVE









Fallin' ♥ with this outfit.
En.Jurutera, saya mahu ini untuk majlis kita.
Sila ambil perhatian




Hari-hari akhir.








Smelling the sadness of farewell just round the corner.
Campus,books in library,Cafe, Lecturers.
F.R.I.E.N.D.S !
Pffftttt!
-,-



p/s: D, sy juga sedang belajar utk hidup tanpa awk di sisi saya.
:(

Sedari dulu hingga kini


Sungguh sayu tika ini.
Tatkala mendengarnya.
-,-

international's exam paper





E X A M I N A T I O N
Around the CORNER





MODULE: INTERNATIONAL HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
CODE: HR 3012
DATE: 26 APRIL 2011
VENUE: DP 3
TIME: 0900-1030 AM




MODULE: INTERNATIONAL MARKETING MANAGEMENT
CODE:  SM3020
DATE: 29 APRIL 2011
VENUE: DP 3
TIME: 1500-1630 PM




p/s: good luck for all final year student.
gambatte guys!
:)

Musibah







Astagfirullahal'azim.
Satu persatu ujianMU Ya Allah.
Selepas bersusah payah menyiapkan THESIS selama 3 bulan, mata ini dijangkiti conjunctivitis.
Lalu, 4 hari rutin harian terganggu.
Kelas skipped, assignment IHRM pending.
Selepas sakit itu pergi, kesibukan IHRM mengganti.
Submission date begitu hampir.
Ya Allah, sekali lagi ujianMU hadir.
Ya Allah,berikan kami kekuatan.
Malam itu kami di 'ganggu', tatkala sedang lena diulit mimpi.
Andai 'gangguan' ini sekadar utk menguji kami, kami terima.
Dalam keadaan yang begitu meruncing, satu lagi ujianMU.
Petang semalam, kereta pula tidak boleh dihidupkan.
Weekend, tiada workshop yang beroperasi.
Ya Allah!
Satu persatu ujianMU.
18 dan 19 April, appointment doctor mak dan Ajim.
Bagaimana mahu pulang, keadaan kereta tidak mengizinkan.
Mak, maafkan akak.
Ajim, maafkan akak.
Ya Allah.
Berikan aku kekuatanMU.




Pink eyes.















Conjunctivitis is an inflammation of the mucous membrane (covering) of the eye or eyelid. Infectious conjunctivitis, or "pink eye," is a highly contagious infection that is caused by bacteria or a virus. 



Am i infected by someone?
CONJUNCTIVITIS
Oh NO!
Final exam just around the corner
IHRM's assignment pending.
-,-







Syukur




Alhamdulillah.
Thesis DONE.






p/s: Bole berjimba sekejap, before exam!
:)

About Me

About this blog

seeking for new life within 5 years.

Followers

comments

FEEDJIT Live Traffic Feed